Wednesday, June 10, 2009

Bab 1 ...b

Rukuk
Rukuk dimulai dengan takbir sambil membaca "Allahuakbar", diikuti dengan menundukkan badan 90 darjah, tangan memegang lutut dan ditekankan supaya anggota belakang badan lurus. Mata pula memandang ke arah tempat sujud ataupun kaki.
Kelebihan:
Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher, dan tulang pinggang. Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah sengal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang rawan, radang tulang bahu dan sengal otot. Gerakan rukuk ini boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.
Tamakninah
Berhenti seketika merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dalam solat. Semasa melakukan posisi ini, seseorang itu perlu berhenti seketika sekurang-kurangnya dengan kadar satu tasbih. Keadaan ini dipercayai memberikan ketenangan kepada seseorang yang bersolat.

Monday, June 8, 2009

Bab 1...a


Secara amnya, ibadat solat mempunyai pengertian yang amat luas. Bagaimanapun, dari sudut kesihatan fizikal dan mental, solat ialah cara untuk memperoleh tahap kesihatan yang baik. Gerakan badan yang tersusun dan tertib dalam solat, dapat meningkatkan daya prestasi tubuh.

Mari kita bincangkan setiap postur utama dalam solat yang disarankan dalam Islam dan kelebihannya.
Qiyam
Maksudnya berdiri tegak. Semasa berdiri tegak melakukan solat, tangan perlu bersedekap, iaitu kedudukan tangan kanan di atas tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari aras pusat.

Kelebihannya : Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua-dua tangan. Mengikut teori ahli fisiologi, dalam posisi ini, sendi siku dan pergelangan tangan serta otot-otot dari kedua tangan berada dalam keadaan rehat penuh. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya pelbagai penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi.

Pengenalan


Dalam agama Islam, sembahyang atau solat adalah tiang agama dan merupakan ibadat wajib yang perlu dilakukan pada masa, keadaan serta mengikut tertibnya. Solat wajib merupakan satu rutin harian orang Islam yang dilakukan secara berkala, lima kali sehari semalam. Disamping itu ada juga solat-solat tambahan yang digalakkan orang Islam melakukannya pada masa-masa yang tertentu.



Rujukan
Tajuk : Solat, Kebaikan dari perspektif Sains
Oleh : Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, Ng Siew Cheok
Terbitan : Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya
ISBN : 978-967-5148-03-3
Cetakan : Kedua, 2009